Monday, March 28, 2011

azam, tekad, semangat BARU

ASSALAMUALAIKUM....


syukur kehadrat Illahi kerna diberi peluang tok hidup sehingga ke hari ini..
telah byk dosa yg telah ku laku kan selama aku hidup di atas muka bumi ini ya Allah..
aku memohon ampun keatas Mu ya Allah, diatas segala dosa yg pernah aku laku kan..
sama ada aku sedar atau pown tidak..sesungguh nye, Kau la maha mengetahui..

telah byk peluang yg Kau berikan kepada ku, tapi aku sentiasa mensia2 kn peluang Mu itu..
aku memohon supaya Kau terus menerus memberi kan peluang kepada aku,
supaya aku dpt memperbaiki kelemahan diri ni..

terlalu banyak hati yg telah aku kecewa kan selama aku hidup dimuka bumi ini..
paling byk ialah hati owg tua ku yg telah menjaga aku sejak dari dlm kandungan ibuku..
aku merupakan anak sulung dlm keluarga..dan sudah tentu la aku merupakan harapan ibu dan ayah..
mereka telah membesar kan aku dengan begitu tabah..
mereka sanggup keluar kan duit hanya untuk melihat aku berjaya..
ibu sanggup meninggalkan kerja semata2 untuk mendidik aku sebaik saja umur ku mencecah 7 tahun..
tapi..ibu dan ayah tidak pernah mengungkit pengorbanan yg telah mereka lakukan untuk aku..
mereka tidak meminta sebarang ganjaran atau balasan yg berupa wang ringgit atau harta benda..
apa yg mereka mahu ialah aku membalas segala jasa mereka dengan berjaya di dalam hidup..

esok aku akan mendaftar sebagai pelajar baru di Managment & Science University di shah alam..
aku berazam untuk belajar sungguh2 dan dapat membahagia kan ayah dan ibu aku..

No comments: